Pembaharuan Keahlian Tabung Khairat Surau Al Falah Bagi Tahun 2025 dan Pendaftaran Baharu Keahlian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan/Puan,

Pembaharuan Keahlian Tabung Khairat Surau Al Falah Bagi Tahun 2025 dan Pendaftaran Baharu Keahlian. 
Tarikh akhir pendaftaran baharu keahlian dan pembaharuan adalah pada 31 Mac 2025.

Berikut adalah tatacara penggunaan sistem e-khairat

A. Pendaftaran baharu keahlian
1. Layari https://www.e-khairat.com/alfalah/register
2. Lengkapkan maklumat
3. Klik 'Bayar Sekarang'
4. Buat pembayaran secara online melalui FPX atau Kredit Kad
5. Simpan resit bayaran dan selesai

B. Pembaharuan keahlian
1. Layari https://www.e-khairat.com/alfalah/check
2. Klik 'Bayar Sekarang'
3. Pilih 'tick' bayaran bagi tahun 2025
4. Buat pembayaran secara online melalui FPX atau Kredit Kad
5. Simpan resit bayaran dan selesai

C. Pengemaskinian Maklumat
1. Layari https://www.e-khairat.com/alfalah
2. Klik butang 'Login'
3. Masukkan login dan password (login adalah no. kad pengenalan dan password adalah no. telefon). Sekiranya gagal sila klik 'Lupa Kata Laluan'
4. Kemaskini maklumat ahli dan tanggungan
5. Log Keluar dan selesai

Sebarang masalah boleh berhubung dengan mana-mana AJK Surau.

Sekian, terima kasih.

Lajnah Khairat dan Kebajikan
Surau Al Falah, Presint 9, Putrajaya