Makluman Terkini

KULIAH MAGHRIB KHAS - Kelebihan Bulan Rejab

KULIAH MAGHRIB KHAS

Kelebihan Bulan Rejab

Disampaikan oleh :
Al Fadhil Ustaz Hj Roslan Mohamed
Pendakwah bebas

๐Ÿ“… 11.1.2025 | Sabtu
โฑ๏ธ Selepas Solat Maghrib
๐Ÿ•Œ ย Surau Al-Falah Putrajaya.

"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkan dia dalam urusan agamaNya"[HR Bukhari no.71]

Lokasi Surau
https://maps.app.goo.gl/eySrqbLXLjkAKtJb6

Tabung gerak kerja SAFP9
https://toyyibpay.com/Safp9
Jamuan disediakan.
Semua dijemput hadir!

Pembaharuan Keahlian Tabung Khairat Surau Al Falah Bagi Tahun 2025 dan Pendaftaran Baharu Keahlian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan/Puan,

Pembaharuan Keahlian Tabung Khairat Surau Al Falah Bagi Tahun 2025 dan Pendaftaran Baharu Keahlian.ย 
Tarikh akhir pendaftaran baharu keahlian dan pembaharuan adalah pada 31 Mac 2025.

Berikut adalah tatacara penggunaan sistem e-khairat

A. Pendaftaran baharu keahlian
1. Layari https://www.e-khairat.com/alfalah/register
2. Lengkapkan maklumat
3. Klik 'Bayar Sekarang'
4. Buat pembayaran secara online melalui FPX atau Kredit Kad
5. Simpan resit bayaran dan selesai

B. Pembaharuan keahlian
1. Layari https://www.e-khairat.com/alfalah/check
2. Klik 'Bayar Sekarang'
3. Pilih 'tick' bayaran bagi tahun 2025
4. Buat pembayaran secara online melalui FPX atau Kredit Kad
5. Simpan resit bayaran dan selesai

C. Pengemaskinian Maklumat
1. Layari https://www.e-khairat.com/alfalah
2. Klik butang 'Login'
3. Masukkan login dan password (login adalah no. kad pengenalan dan password adalah no. telefon). Sekiranya gagal sila klik 'Lupa Kata Laluan'
4. Kemaskini maklumat ahli dan tanggungan
5. Log Keluar dan selesai

Sebarang masalah boleh berhubung dengan mana-mana AJK Surau.

Sekian, terima kasih.

Lajnah Khairat dan Kebajikan
Surau Al Falah, Presint 9, Putrajaya

Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan Banjir Diaktifkan

Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan Banjir Diaktifkan!ย 

https://www.facebook.com/share/p/nwcHLYzisjHmWUhG/

Musibah Menghapus Dosa

Musibah Menghapus Dosa

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูŽุง ูŠูุตููŠุจู ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ูŽ ู…ูู†ู’ ู†ูŽุตูŽุจู ูˆูŽู„ูŽุง ูˆูŽุตูŽุจู ูˆูŽู„ูŽุง ู‡ูŽู…ู‘ู ูˆูŽู„ูŽุง ุญูุฒู’ู†ู ูˆูŽู„ูŽุง ุฃูŽุฐู‹ู‰ ูˆูŽู„ูŽุง ุบูŽู…ู‘ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุงู„ุดู‘ูŽูˆู’ูƒูŽุฉู ูŠูุดูŽุงูƒูู‡ูŽุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ูƒูŽูู‘ูŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุงู‡ู

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (HR Bukhari No: 5641) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. ย Setiap yang dihadapi oleh seseorang, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya di sisi Allah.

2. ย Setiap muslim perlu sentiasa bersabar dan reda apabila ditimpa dengan penyakit, keletihan, kesedihan, mahupun ย kesusahan termasuk musibah banjir yang melanda di beberapa kawasan sekarang ini.

3. ย Musibah banjir dibeberapa negeri di Malaysia ย menyebabkan orang yang terlibat mengalami kesusahan dan kepayahan. Ada yang kehilangan nyawa, kemusnahan harta juga kerosakan harta benda terkena air banjir seperti kenderaan yang ditenggelami air juga rumah yang rosak.ย 

4. ย Sebagai Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai penghapus dosa dan peninggi darajat agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.

5. ย Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya. Usahlah kita menyalahkan antara satu sama lain diatas musibah ini.

6. ย Semoga dosa kita terampun walaupun kesakitan dan kesulitan yang kita lalui mungkin kecil berbanding dengan orang lain. Mungkin ibarat duri yang mencucuk atau melukakan anggota tubuh.

7. ย Marilah kita menyerahkan segala musibah kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir yang diajar oleh Rasulullah kepada sahabat: ย Nabi SAW bersabda:

ูŠูŽุง ุนูŽุจู’ุฏูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุจู’ู†ูŽ ู‚ูŽูŠู’ุณู ู‚ูู„ู’ ู„ุงูŽ ุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ุงูŽ ู‚ููˆูŽู‘ุฉูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุจูุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ย ููŽุฅูู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ูƒูŽู†ู’ุฒูŒ ู…ูู†ู’ ูƒูู†ููˆุฒู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู

Wahai โ€˜Abdullah bin Qois, katakanlah โ€˜laa hawla wa laa quwwata illa billahโ€™ (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung), kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (HR. Bukhari no. 7386)

Semoga mereka yang diuji dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan akibat banjir dan sebagainya, dapat menerima dengan sabar dan reda. Moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต-๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐——๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต-๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐——๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ!

Sila layari pautan berikut untuk membuat permohonan:

https://www.maiwp.gov.my

Untuk maklumat lanjut mengenai sekolah, sila layari:

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ (๐—ฆ๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—ž๐—Ÿ)
https://www.maiwp.gov.my/portal-main/article2?id=sma-maiwp

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ๐—”๐—ก (๐—ฆ๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ ๐—Ÿ)
https://www.maiwp.gov.my/portal-main/article2?id=sma-labuan

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ (๐—ฆ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—”)
https://www.maiwp.gov.my/portal-main/article2?id=smista

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas, boleh berhubung di talian 03-2639 9000 samb. 11819/11831/11832 dan 11835 atau boleh die-melkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..